Pages

5.05.2010

Keberkahan dan Keutamaan (Fadhillah) surah al-ikhlas

Bismillahirohmanirrohim

SURAH AL-IKHLAS...sampaikanlah...]

Keberkahan dan Keutamaan (Fadhillah) surah al-ikhlas
======================================================
*Ketika Memulakan Kerja*

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana

dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam

tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar

umpama cacing kepanasan.
======================================================
*Sebelum Masuk Ke Rumah*

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah

salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah

salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan

pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila

malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar

menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,

amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya

menjawab salam malaikat itu.
==================================================

*Ketika Sakit*

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah

Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak

akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan

kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka

melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian

diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
=====================================================
*Khatam al-Quran*

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa

dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah

Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam

Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar

bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil

pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina

Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan

mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan

membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas

sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30

jus Al-Quran.
===================================================
*Pahala Membacanya*

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika

saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy

di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi

ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat

padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara

itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana

kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca

surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya

pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca

surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,

sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat

Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail

a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil

a..s.

Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda

Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara

yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa

anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang

disampaikannya kepada orang lain.

.Wallahu a'lam

5.04.2010

Beberapa Keutamaan Bersholawat Kepada Rosululloh S.A.W

Bismillahirohmanirrohim

Beberapa Keutamaan Bersholawat Kepada Rosululloh S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan
Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat
ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku
beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud
kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah
S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu,
akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat
memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke
atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan
melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Insya Alloh kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah, Rasul dan para malaikat. Amin.

from : http://www.scribd.com/doc/15801446/39-KISAHKISAH-TELADAN

10 Jenis Sholat Yang Tidak Diterima Oleh Alloh S.W.T

Bismillahirohmanirrohim

10 Jenis Sholat Yang Tidak Diterima Oleh Alloh S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang
memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan
selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya
solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan
jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap
orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu
akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal
yang buruk."

from : http://www.scribd.com/doc/15801446/39-KISAHKISAH-TELADAN

Lima Wasiat Alloh Kepada Rosululloh S.A.W

Bismillahirohmanirrohim

Lima Wasiat Alloh Kepada Rosululloh S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya
Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun
tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,
dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada
mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat
saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan
sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya."

from : http://www.scribd.com/doc/15801446/39-KISAHKISAH-TELADAN

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Alloh

Bismillahirohmanirrohim

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Alloh

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!
Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan
makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang
bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,
dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah
engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku
adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat
jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu
mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi
musnah.

from : http://www.scribd.com/doc/15801446/39-KISAHKISAH-TELADAN

Kisah Perkara Aneh

Bismillahirohmanirrohim

Kisah Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, yaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

from : http://www.scribd.com/doc/15801446/39-KISAHKISAH-TELADAN